Sering kali bila didengar NASYID .. apa yg berputar ligat di kepala sudah pasti lagu2 yang berunsur mengajak ke arah Tauhid dan menyeru kepada kebaikan… namun di arus kemodenan yang kian pesat, genre muzik juga turut terkesan dengan hal ini.. Termasuklah genre NASYID.. jika dahulu, di awal tumbuhnya nasyid di Malaysia, kumpulan2 seperti Nadamurni, The Zikr dan banyak lagi yang biasanya merupakan kumpulan dari Al-Arqam yang menggunakan genre tradisional seperti gendang, kompang dan yang seangkatan nya.. di zaman itu, unsur – unsur nasyid is more on Tauhid, seruan cintakan Rasul, keluarga serta nasihat..
Namun zaman kian berubah, di zaman ini, nasyid semakin popular.. ada yang masih mengekalkan pembawaan tradisional dan ada yang sudah moden.. Isi kandungan yakni lirik nasyid juga sudah berubah. Jika diimbas kembali, di zaman awal kemunculan kumpulan2 nasyid kontemporari di Malaysia, lirik2 mereka lebih kepada membawa kepada cinta sesama manusia.. penggunaan alat muzik seperti gitar, drum dan keyboard semakin mendapat tempat. Ini kerana dengan penggunaan alat2x muzik sebegitu semakin diterima oleh masyarakat. Sebagaimana yg diketahui umum,
fenomena Maher Zain yang semakin popular oleh kerana arrangement muzik dan liriknya yang sangat baik dan mempunyai maksud yang baik .
Entri kali ni bukan ape,bukan nk tulis esaimen pasal nasyid, but just wanna memberi pandangan tentang apa yang penulis sendiri lihat. Gini… haritu penulis terlihat kumpulan nasyid wakil universiti ku tercinta ini, ada terlibat dengan pertandingan nasyid antara Universiti Malaysia. Aq menjangkakan pihak kebudayaan Universiti ku menghantar kumpulan yang sama iaitu semuanya lelaki.. tetapi aq salah, aq sangat terkejut pabila melihat kumpulan nasyid itu bercampur lelaki dan perempuan menyanyi bersama2 di dalam satu kumpulan…
Nasyid adalah medium untuk berdakwah.. bukan hanya untuk menunjukkan yang diri individu itu berbakat kerana mempunyai suara yang lunak, lemak manis , vibrato, falsetto dan sebagainya.. mungkin niat mereka betul, tetapi sudah menyalahi hukum . Islam telah meletakkan disiplin yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita. Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya,
( Islam melarang dan tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan nyanyian )
Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ *
*
Yang maksudnya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. (Surah An-Nuur: 30-31)
Berdasarkan dalil quran ini jelaslah menunjukkan ia haram.. namun aq pelik mengapa pihak yang menganjurkan tidak alert akan hal ini.. adakah mereka sekadar ingin memenuhi taqwim tahunan sehingga tidak mengambil kisah akan hukum syarak. Aq sangat tidak setuju dengan perkara ini.. Niat mereka baik, namun cara mereka itu adalah salah… mengapa perlu dicampurkan lelaki dan perempuan didalam satu kumpulan ?? yang wanita pula sudah pasti akan di “make up” ini sudah menyalahi hukum tabarruj (berhias) .Islam melarang wanita berhias secara berlebihan sehingga boleh menarik perhatian lelaki. di tambah lagi dengan gaya lenggang lenggok yang dilakukan didalam persembahan mereka iai amat bercanggah dengan syarak..
Ditambah pula dengan suaranya yang lunak..kompemla islam lagi xbagi… mengapa kita melakukan perkara yang melanggar syarak ??? jika di lihat didalam ilmu usul fiqh , ada suatu hukum yang di sebut (sad az zarai'i) iaitu menutup pintu2 yang boleh menjerumuskan diri kearah kerosakan atau maksiat. oleh yang demikian Islam awal2 sudah melarang ummatnya dari melakukan perkara2 sedemikian..sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri ini dan kita sesame islam.…tepuk dada, tanyalah iman..
ILMU ITU UNTUK DIKONGSI ,
BUKAN UNTUK DISIMPAN SENDIRI ^^,
(KHAMIS, 7 APRIL 2011, ,5.35PM) -emjayz-
No comments:
Post a Comment