Assalamualaikum

Tuesday, November 30, 2010

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan..


*kadang 2 kita sendiri pun x amek tahu pun tarikh lahir kita mengikut kalendar islam...

Monday, October 4, 2010

Ayat yang aq sgt suke....


Aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan.....





Harini dalam pkul 8 lbih2 skit, aku dengar pengumuman hari raya dari Penyimpan Mohor bsar Raja2 yang dari aq kecik sampai la skang die je..panjg umur pakcik tu… hmm, nmpknya Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita..kian melabuhkan tirainya.. sebab esok adalah 30 Ramadhan.. Sepanjang 30 hari aq mnepuh Rmadhan kali ini, apa yang sangatku harapkan semoga amalanku diterima…. Seperti juga lailatul qadar yang aq rase pada mlm 25.. tpi xtau la owang lain rase bile..mudah2 mudahan diterima Amin….

Ramadhan…kau hampir meninggalkan kami..semoga kami dapat bertemu denganmu di tahun2 kan datang insyaAllah …Syawal bakal bertamu.semoga Sebulan kita ditarbiyah di bulan Ramadhan dapat dipraktikkan di bulan2 seterusnya..Sesungguhnya Syawal itu bukanlah bulan untuk berhibur sepuasnya setelah sebulan kita berpuasa menahan diri dari melakukan maksiat.. elakkan pembaziran..Ziarah menziarahi dan maaf memaafi sesame kita,itulah amalan yang perlu dilakukan di bulan Syawal nnti…papepon aq teringat kat ade lirik lagu The Zikr yang sgt meaningfull ….

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

moga takbir raya yang bakal kita laungkan merupakan takbir kemenangna kita di bulan Ramadhan lalu InsyaAllah…Xtau d nk tulis ape..Papepon selamat Hari raya buat teman2 yang mengenali diri ini…


Tuesday, August 31, 2010

Status Halal restoran terkemuka Di Malaysia..

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi

Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut!!!

Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut!!!

Wednesday, August 25, 2010

Dicipta Wanita bagi lelaki itu......

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak ,Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki ,ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

Monday, August 23, 2010

HAID -- WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan :
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
- Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
- maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat..

Israilliyyat dalam pentafsiran Al-Quran

Hmm rase da lame xpost sumtin kat blog aq ni..akhirnya terlintas nk kongsi ilmu yang baru je lepas blaja tdi. Ustaz Zulfiqar menyruh kami yang mengambil kursus Kajian Teks Quran & Hadis untuk mencari kisah2 israiliyyat yang ada dalam kitab 2 tafsir. so kumpulan aq dapat tajuk Kisah golongan Jabbarin..ust sendiri mengatakan untuk tajuk ini memang sangat sedikit kisah yang menceritakan hal ini kerana kisah ini tidak sefemes kisah Israiliyyat Balqis dan nabi2 lain jadi ade la sikit dapatan yang aq n grup aq dpt..

kisah Israiliyyat yang dikaitkan dengan perkataan قَوۡمً۬ا جَبَّارِينَ yang mana ia dikatakan satu golongan yang bertubuh besar seakan – akan gergasi . Manakala satu lagi kisah Israiliyyat yang terdapat pada ayat ini iaitu tentang kisah Uuj bin Uq. Uuj bin Uq dikatakan mempunyai panjang 3000 hasta, dan juga mereka ini boleh memegang sejenis ikan yang bernama ikan Hut. Jika dirujuk ke dalam kamus al Mu’jam al ‘arabi al Asasi , hut ialah sejenis ikan yang berbahaya yang boleh mencapai kebesarannya sehingga 30 meter. Golongan ini semasa banjir besar yang berlaku di zaman nabi Nuh A.S dikatakan air banjir tersebut tidak sampai untuk menenggelamkan mereka. Banjir hanya pada paras lutut mereka sahaja dan mereka dilarang untuk menaiki bahtera Nuh oleh kerana besarnya tubuh badan mereka.
Berkata Imam Al-Hafiz al Naqid Ibnu Kathir dalam tafsirnya, terdapat banyak dari para mufasirin mengkhabarkan tentang kisah Uuj b Uq yang berlaku pada Bani Israil yang mengatakan Uuj b Uq ini adalah anak kepada Nabi Adam A.S. tinggi Uuj b Uq ini 3000 hasta dan lebarnya 330 hasta. Imam Al-Naqid mengatakan perkara ini bertentangan dengan sohihain yang mengatakan ‘ Sesungguhnya Allah menciptakan Adam tingginya 60 hasta dan tidak ada makhluk lain selain Adam yang mencapai tahap itu sehingga sekarang’ .

Di dalam kitab Tafsir Al Maraghi karangan Imam Ahmad Mustafa Al Maraghi mentafsirkan ayat berkenaan golongan Jabbarin dari segi bahasa ialah sesuatu yang panjang dan kuat serta besar atau dengan maksud lain iaitu besarnya mereka itu melebihi ketinggian pokok. Imam Al-Maraghi menyebut di dalam kitab Tafsirnya akan khurafat dan Israiliyyat yang terdapat kisah berkaitan ayat قَوۡمً۬ا جَبَّارِينَ ialah kisah yang mana terdapat satu kisah di mana golongan Jabbarin ini boleh menyorokkan manusia pada pakaiannya. Juga di dalam riwayat lain di dalam kitab tafsir Al – Maraghi ada menyebut terdapat beberapa riwayat yang mengatakn golongan Jabbarin ini jika dilihat pada besarnya tubuh seakan – akan menyerupai sebuah pokok, malah ianya lebih besar lagi . Merujuk pula kitab karangan Dr Wahbah Al – Zuhaili iaitu Tafsir Al – Wajiz beliau mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan Jabbarin ini ialah nama suatu kaum yang besar dan kasar iaitu mereka ini ialah kaum Kan’an atau Amalik iaitu suatu kaum di zaman kuno yang mempunyai tubuh yang besar dan mereka juga kaum yang kuat.

Kesimpulan
Berdasarkan rujukan yang telah dirujuk, terdapat penulis tafsir menulis kisah Israiliyyat di dalam kitab tafsir mereka dan ada yang tidak menceritakannya dalam kitab mereka. Kisah berkenaan golongan Jabbarin dan kisah Aaj b Uq ini adalah suatu kisah rekaan yang sememangnya tidak boleh diterima akal fikiran dan berlawanan dengan nas – nas yang sahih. Oleh yang demikian pembaca kisah – kisah berkaitan dengan kisah ini sepatutnya tidak mempercayai sepenuhnya akan kisah ini. Sebagai contoh, kisah Aaj b Uq yang dikatakan semasa banjir besar yang melanda kaum Nuh sehingga menenggelamkan seluruh kawasan daratan namun air yang membanjiri kawasan tersebut pada saat itu hanya mencapai paras lutut Aaj b Uq sahaja. Ini berlawanan dengan nas yang sahih dalam al Quran dalam surah Hud..

Apa yang perlu diketahui oleh semua.. kadangkala kisah Israiliyyat ini terlalu melampau sehingga boleh mencacatkan sifat kenabian . sepertimana dsebagai contoh didalam kisah balqis yang dikatakan mempunyai kaki seakan akan keldai, oleh yang demikian Nabi Sulaiman telah mereka istana yang sgt indah dan telah memanggil Balqis ke istana tersebut. Oleh kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui adakah benar kaki Baqlis ini seperti kaki kaldai maka dibina Istana kaca yang mana semasa Balqis ingin melangkah masuk ke istana Sulaiman, Bqliau menyelak kainnye dan Nabi Sulaiman pon melihat kakinya tidak lah seperti keldai ..

Ini sememangnya berlawanan dengan sifat seorang nabi..mana mungkin nabi yang diutuskan untuk memandu manusia ke jalan Allah mempunyai pernangai sebegini. Oleh yang demikian, kita seharusnya berhati2 tatkala mendengar kisah2 sebegini.

Wallahua'lam...


Monday, March 8, 2010

Akhirnya kau pergi jua.... (T_T) ~ Noname



Sabtu lepas 6/3/2010…aku pulang ke rumah seperti kebiasaannya disetiap hujung minggu. Sampai je rumah, aku terkejut…terkejut sebab adik aku gtau kucing kesayangan keluarga kami tengah tenat..seminggu xmakan..xleh jalan..adik aku letak die dalam kotak.. sedih aku tengok keadaan die tem tu..tpi aku wat bese je..ngatkan die juz sakit bese.. skali skale bila aku g ke wet kitchen umah aku..aku g kat kotak noname tu aku panggil die..die pandang aku..tpi nmpkla die mcm tga sakit sangat.. .bagi kami, noname ni la satu-satunye kucing yang paling memahami kami sekeluarga…paham bila diarah, mahupun dimarah itulah kelebihan die yg xde pade kucing yg lain walopon noname bukanlah kucing kacukan siam ke parsi ke ape ke tpi itulah satu satunya noname@kuneng kami...

Esoknya 7/3/2010..mak aku kejut aku bgun..tpi kali ni dengan suatu berita yg amat mengejutkan aku… mak kate kat aku..” bancik bgun..noname da mati” sedih aku dgr ayat tu…adik aku lgi ar..tu da la kucing kesayangan die..menangis die kak yong aku pon same.. tpi nk wat camne..die da terlalu tua.. 1 st kitorang jmpe die mase tu aku baru darjah 6 ..bayangkan dab ape lame die dgn family kitorang..huu sedey2 tpi tu laa… setiap yg idup pasti mati… pape pon..noname kau tetap di ingatan kami.. tiada ganti nya.. noname ditanam kat blakang umah aku dekat dengan pokok pisang.. aku xdpt nk tolong tanam sebab g antar kete baru ayah cek alternator.. so abg ipar aku, adik aku, n kak yong aku la yg menanamnya…huuu gitu la sedikt sebanyak yang ingin dikongsi… bawah ni gmbar adik aku ngan noname yg semakin tua...sekadar perhiasan

Friday, March 5, 2010

Perempuan Memang tak guna……

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1) Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2) Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31: surah An-Nur.

3) Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana
kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah
yang dipesan oleh nabi. Sabda rasulullah s.a.w ¡°bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur¡±. Bukan tidak
boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4) Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu
sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah
akhlaqnya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan
yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan
jelas dalam ayat 24-26: surah Ibrahim.

5) Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang
yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik
lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12: surah al-Hujurat

6) Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya
. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.
Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul
seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59: al-Ahzab. Begitu juga
seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri
dan anak-anaknya.

7) Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara lentokmu untuk menarik perhatian lelaki
yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika
aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah
dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan
gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32: surah al-Ahzab.
Makna ayatnya lebih kurang begini '' Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya
dan ucapkanlah perkataan yang baik" ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan
sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian/keberahian
orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"
adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya
seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita
melalui suaranya.

8) Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj)
ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya
adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin
keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga
tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga
cantiknya anda sehingga kadang kala wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak
bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa
tidak pakai lipstick sahaja?

9)Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang.-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar,
dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian
juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna
dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan cara yang terbaik.

p/s = Islam itu mulia lagi suci, siapa yg perlu memuliakannya
& mensucikannya kalau bukan ummahnya, anta/antum sendiri..setuju? Islam juga memelihara kedudukan wanita itu jdi renung2 kan….

Wallahua’alam…