Assalamualaikum

Saturday, July 9, 2011

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara,
kita laungkan juga pesan merdeka,

Demokrasi sebenderang mentari,
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka,
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi,
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, JUN.11.

.: A. SAMAD SAID :.

Peludah Warna - by - A. Samad Said


Kuasa gusar kini menggelegak murka;

warna kuning diisytihar racun terbisa.

Diragutnya baju-T segeram tenaga

dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,

menjadikannya panji terindah dan tulen.

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu

kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas

dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.

Memanglah mereka kini peludah warna

sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,

kuasa pun seolah menjadi hartanya.

- 1. 7. 11 -

.: A. SAMAD SAID :.

Friday, April 22, 2011

Marah, Kecewa dan dot dot dot..

Entri kali ni sekadar ingin berkongsi apa yang dirasakan oleh penulis kala ini. Ya, seperti tajuk diatas Marah, Kecewa, bengang dan sebagainya ku rasa..ase mcm nk nyanyi lagu bengang AKIM jer… bkn kerana marah dgn kawan2 , tetapi marahkan kepada pihak PENGURUSAN U*SI yang sekejap kata short sem akan dijalankan kejap kate x.... last2x paling terbaru dorang kate DIBATALKAN … bkn nk memperkecilkan, tetapi ingin memberi sedikit pandangan yang mana pada hemat aku mengatakan pihak pengurusan U*SI mmg low class, x profesional, bajet world , bajet ensem dsb ….

Mungkin aq xtau ape sebab mereka membatalkannya secara tiba2, tapi kan ke lebih baik jika mereka dari awal xpayah bangkitkan hal ini.. Mybe sebb U*SI xde pengalaman dalam hal short2 sem ni so dorang mcm mengarut and tah hape2 wat keputusan.. pastu bila timbul satu masalah, dah kelam kabut .. aq kesiankan kawan2 ku yang berhajat untuk mengambil short sem.. lebih2 lagi rakan2 Borneo yang sudah pasti akan berkira2 dengan tiket penerbangan mereka, bkn nye murah macam Tanjung Malim ke KL.. tup2 kate batal senang sungguh dorang nk on n off bnde tu…. Wahhh geramnyeeeee .. sabo jela (dialog HKLBR) ..

Papepon, nk xnk kene terima hakikat yang mungkin ade hikmat di sebalik perkara yang terjadi ni… kita sebagai muslim harus menerima ketentuan dari Allah dengan hati terbuka.. walaupun sakit ati dengan keputusan mereka yang kejap on kejap off fasal short sem ni.. pada rakan2 ku semua, sabarlah yer.. Orang sabar itu di sayang sama Allah.. Allah juga ade menyebut dalam quran جميل) (فصبر so bersabarlah atas apa yang terjadi…hajat kami untuk menamatkan pengajian awal dari yang dijangka nampaknya hanya tinggal angan2..

papepon kite teruskan dengan pelajaran kite moga kejayaan milik kita bersama AMIN .. aq harap pihak pengurusan U*SI akan bertambah baik dari masa ke masa untuk memudahkan pelajar dan bukan menyusahkan dan memeningkan serta mencelarukan kepala Mahasiswa… ingat kami bukan budak sekolah, kami Mahasiswa/I jadi diharap pihak pengurusan bkn lah hanya bertaraf pelajar sekolah menengah, tetapi perlulah seiring dengan status kalian yang menjadi Staff UNIVERSITI bkn Staff kedai mamak…

MAHASISWA yang kecewa …

Jumaat - 22 April 2011- ( 4.48ptg )

Monday, April 11, 2011

My trip to Pangkor --- 3 Hari 2 malam (berjalan, melihat, mentafsir).

Seronoknya bila dapat bercuti. Nak pulak dapat g pulau… xkire la mane2 pulau pon even Pulau Jerejak sekali pon.. hmm entry kali ni sekadar untuk berkongsi apa yg dapat ku lihat sepanjang percutian ku bersama rakan2 ku di Pulau Pangkor.. Allah ade berfirman dalam quran yang mengatakan, berjalanlah kamu di muka bumi ini dan fikirkanlah kebesaran Allah. Dats y, di samping kita dapat menikmati beautiful view, jgn lupe yang segala kecantikan di dunia ni Allah yang mencipta.. cube bayangkan, kat dunia ni pon Allah dah cipta something yang cantik , bagaimana pula dalam syurga kelak.. sudah pasti 10000 kali ganda cantik nya Subhannallah… moga kita dapat merasai nikmat itu.. amin

Dalam keseronokan bercuti , ap yang aq dpt lihat, banyaknya couple2 yang bercuti bersama2… nk kate da kawen ke blum wallahualam sbb tgok berkepit len mcam jer.. dalam masa yang sama, bila dikatakan bercuti di tepi pantai, sudah pasti kita maklum, owang akan dress mcm mane… aq tgok owang Melayu islam kita ni da x malu da nk pakai yg open sane sini ni.. agaknya terikut dengan budaya barat.. asal g pantai nk kene pakai yang ketat2x.. buang tudung, baju jarang, etc….dorang xmalu pon, aq plak yang malu dengan dorang …. haillah.. payah nyelah nk jaga pandangan bila dok kat tepi pantai ni.... astaghfirullahal azim

Mase snorkeling plak.. ade sekumpulan manusia ni yang datang bercuti beramai2x ada laki ada pompan.. dorang ni mase snorkle sume berpasangan.. aq pon xtau nape yang pompan macam suke plak bile dak laki wat2 jadi hero la konon2x nak ajar dorang stabil kan diri mase dalam air..asenye sume tahu, yang lelaki n pompan ni ade batas2 syariat yang perlu di batasi..nampak dorang dok pegang2 tangan, pakai tudung tu.. aq terkejut dengan situasi ni.. semoga Allah mengampun dosa2 kita semua Amin ya rabb..

Tu lah antara perkara yang aq lihat dan terkejut.. alangkah umat islam kala ini jauh dari Islam.. sepanjang aq berjalan2 di tepi pantai aq lihat beach boy yang tukang bawak boat tu xsolat pon… aq solat jamak xpe laa yang dorang ni penduduk tetap pulau tu x kan nak jamak jugak Ya Allah.. Allah berfirman yang bermaksud (jgnlah kamu menjadi golongan2x yang tidak bersyukur) … aq berdoa agar mereka kembali melakukan suruhan Allah .. kerana perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nnti ialah solat (hadis) ..btw, exam pon da nk dekat..harap2 aq dapat jawab dengan baik dan dapat mencapai target yang lebih baik dari semester lalu…. asenye tu je kot..

Sekadar perkongsian apa yang dilihat oleh penulis semasa bercuti di Pangkor….

Wallahua’lam….

Emjayz (12 april 2011 --- 12.04pm) ^^,


Thursday, April 7, 2011

Nasyid oh nasyid - Niat betul tapi cara salah -



Sering kali bila didengar NASYID .. apa yg berputar ligat di kepala sudah pasti lagu2 yang berunsur mengajak ke arah Tauhid dan menyeru kepada kebaikan… namun di arus kemodenan yang kian pesat, genre muzik juga turut terkesan dengan hal ini.. Termasuklah genre NASYID.. jika dahulu, di awal tumbuhnya nasyid di Malaysia, kumpulan2 seperti Nadamurni, The Zikr dan banyak lagi yang biasanya merupakan kumpulan dari Al-Arqam yang menggunakan genre tradisional seperti gendang, kompang dan yang seangkatan nya.. di zaman itu, unsur – unsur nasyid is more on Tauhid, seruan cintakan Rasul, keluarga serta nasihat..

Namun zaman kian berubah, di zaman ini, nasyid semakin popular.. ada yang masih mengekalkan pembawaan tradisional dan ada yang sudah moden.. Isi kandungan yakni lirik nasyid juga sudah berubah. Jika diimbas kembali, di zaman awal kemunculan kumpulan2 nasyid kontemporari di Malaysia, lirik2 mereka lebih kepada membawa kepada cinta sesama manusia.. penggunaan alat muzik seperti gitar, drum dan keyboard semakin mendapat tempat. Ini kerana dengan penggunaan alat2x muzik sebegitu semakin diterima oleh masyarakat. Sebagaimana yg diketahui umum,

fenomena Maher Zain yang semakin popular oleh kerana arrangement muzik dan liriknya yang sangat baik dan mempunyai maksud yang baik .

Entri kali ni bukan ape,bukan nk tulis esaimen pasal nasyid, but just wanna memberi pandangan tentang apa yang penulis sendiri lihat. Gini… haritu penulis terlihat kumpulan nasyid wakil universiti ku tercinta ini, ada terlibat dengan pertandingan nasyid antara Universiti Malaysia. Aq menjangkakan pihak kebudayaan Universiti ku menghantar kumpulan yang sama iaitu semuanya lelaki.. tetapi aq salah, aq sangat terkejut pabila melihat kumpulan nasyid itu bercampur lelaki dan perempuan menyanyi bersama2 di dalam satu kumpulan…

Nasyid adalah medium untuk berdakwah.. bukan hanya untuk menunjukkan yang diri individu itu berbakat kerana mempunyai suara yang lunak, lemak manis , vibrato, falsetto dan sebagainya.. mungkin niat mereka betul, tetapi sudah menyalahi hukum . Islam telah meletakkan disiplin yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita. Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya,

( Islam melarang dan tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan nyanyian )

Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ *

*

Yang maksudnya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. (Surah An-Nuur: 30-31)

Berdasarkan dalil quran ini jelaslah menunjukkan ia haram.. namun aq pelik mengapa pihak yang menganjurkan tidak alert akan hal ini.. adakah mereka sekadar ingin memenuhi taqwim tahunan sehingga tidak mengambil kisah akan hukum syarak. Aq sangat tidak setuju dengan perkara ini.. Niat mereka baik, namun cara mereka itu adalah salah… mengapa perlu dicampurkan lelaki dan perempuan didalam satu kumpulan ?? yang wanita pula sudah pasti akan di “make up” ini sudah menyalahi hukum tabarruj (berhias) .Islam melarang wanita berhias secara berlebihan sehingga boleh menarik perhatian lelaki. di tambah lagi dengan gaya lenggang lenggok yang dilakukan didalam persembahan mereka iai amat bercanggah dengan syarak..

Ditambah pula dengan suaranya yang lunak..kompemla islam lagi xbagi… mengapa kita melakukan perkara yang melanggar syarak ??? jika di lihat didalam ilmu usul fiqh , ada suatu hukum yang di sebut (sad az zarai'i) iaitu menutup pintu2 yang boleh menjerumuskan diri kearah kerosakan atau maksiat. oleh yang demikian Islam awal2 sudah melarang ummatnya dari melakukan perkara2 sedemikian..sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri ini dan kita sesame islam.…tepuk dada, tanyalah iman..

ILMU ITU UNTUK DIKONGSI ,

BUKAN UNTUK DISIMPAN SENDIRI ^^,

(KHAMIS, 7 APRIL 2011, ,5.35PM) -emjayz-